Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

“Mereka Yang Perjuangkan Kebatilan Juga Penat “

1970
SHARE

“Mereka Yang Perjuangkan Kebatilan Juga Penat “
Oleh: Nabihah Azman

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berpesan kepada ahli PAS supaya mengharap redha Allah tanpa menilai penghargaan manusia dalam melakukan sesuatu.

Pesanan tersebut dibuat melalui catatan Dhuha hariannya setelah nama-nama calon PAS diumumkan semalam.

“Jangan fikir kita sahaja yang penat, mereka yang memperjuangkan kebatilan juga penat.

“Cuma kita harap redha Allah, mereka menuntut redha manusia,” katanya.

Ustaz Idris Ahmad sekali lagi diumumkan bertanding di kerusi Parlimen Bukit Gantang oleh Presiden PAS.

Pengumuman itu dibuat di ceramah Gelombang Hijau Perak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Seri Iskandar.

Terbaru, PAS Perak mengumumkan calon bagi 19 kerusi Parlimen dan 44 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan tiga calon bukan Islam dari Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).