Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Siapa Pecah Belah Pembangkang Sebenarnya?

7183
SHARE

Siapa Pecah Belah Pembangkang Sebenarnya?

Oleh : Basyirah Mohd Ghani

Naib Presiden PA, Haji Idris Haji Ahmad menjawap tuduhan dibuat parti lain yang mendakwa PAS sebagai parti yang memmecah belahkan undi pembangkang.

“PAS dituduh memecah belahkan undi pembangkang apabila PAS hendak bertanding sebanyak 160 kerusi bersama Gagasan Sejahtera di dalam PRU 14 nanti.

“Disini saya ingin mengingatkan semula kepada puak PH, Antara parti PAS dengan komponen PH siapa yang ditubuhkan terlebih dahulu.

“Mengikut sejarah, tarikh penubuhan PAS ialah 24 November 1951, DAP 18 Mac 1966, PKR pada 4 April 1999, PAN pada 16 September 2015 dan manakala Peribumi Bersatu 8 September 2016,” jelas beliau.

Tambahnya, sebanyak 13 kali PRU, PAS bertanding melawan Umno BN, yang dulunya Umno Perikatan sebanyak 12 kali, kecuali 1974 kerana PAS bersama dengan BN.

“PRU pertama 1955, PAS meletakkan calon seramai 8 kerusi, hanya menang satu kerusi melalui Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin, di Parlimen Kerian.

“Waktu itu sebahagian besar yang memimpin PH, berpeluk erat dengan Umno, memfaraid harta negara, setelah kenyang tetapi hendak lagi. Apabila permintaan tidak dapat, maka tubuhlah parti lain.

“Almaklumlah biasa makan daging, tiba-tiba makan ikan sepat kering mangamuklah,” kata beliau berseloroh.

Jelas Idris, hasil didikan orang terdahulu menatijahkan apa yang dilakukan oleh kepimpinan Umno pada hari ini.

Mengulas lanjut tuduhan tersebut, beliau menyelar tindakan itu dan menyifatkan ia sebagai hak semua parti bertanding.

“Terpulanglah, hendak tubuh parti baru apabila kecewa. Itu hak demokrasi.

“Cuma yang peliknya apabila PAS tidak mahu bersama PH, maka dituduh memecah belah pembangkang.

“Manakah laungan kebebasan bersuara dan berpolitik yang sering dilaungkan.? Berilah peluang kepada PAS untuk menyuburkan demokrasi di negara ini.

“Bagi mereka apa sahaja arahan dan strategi mereka adalah WAJIB diikuti. Kalau tidak ikut dianggap belot dan pengkianat. Sekiranya inilah watak dan pembawaan yang dibawa, kalau sekiranya memerintah negara, jahanam dan akan musnah sistem demokrasi. Tidak memerintah pun sudah tunjuk belang.”