Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Sinergi Profesional Dalam PAS

1062
SHARE

Sinergi Profesional Dalam PAS

Oleh: Aishah Halim

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Haji Mohammad Noor bin Mohammad telah mengumumkan calon-calon PRU-14 PAS Wilayah Persekutuan bertempat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM).

Pada kali ini, PAS membawakan variasi kombinasi calon-calon yang dihantar bertanding kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan.

Sembilan calon yang dihantar mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan dan pekerjaan disamping usia dan pengalaman bekerja dalam PAS yang berbeza.

Dua orang merupakan tenaga professional iaitu doktor gigi dan arkitek bertauliah.

Dua orang lagi adalah tokoh pendidikan iaitu mantan profesor ekonomi dan perniagaan juga merupakan mantan Naib Canselor di sebuah universiti tempatan dan seorang lagi merupakan Penolong Rektor di KUIZM.

Terdapat juga dua orang yang merupakan ahli pentadbiran dan pengurusan yang terlibat dalam perkhidmatan awam dan badan berkanun.

Tiga calon selebihnya merupakan tokoh agamawan muda.

Tegas beliau, perkara ini secara tidak langsung, menolak dakwaan mereka yang mengatakan PAS hanya terdiri daripada agamawan semata-mata.