Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Merafak Sembah Takziah

98 views
SHARE

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَه وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه، وَأَكْرِمْ نُزُلَه، وَوَسِّعْ مَدْخَلَه، وَاغْسِلْه بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّه مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْه دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِه، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِه، وَأَدْخِلْه الْجَنَّةَ، وَأَعِذْه مِنْ عَذَابِ الْقَبْر

Patik mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merafak sembah takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuan Yang Di Pertuan Agung serta seluruh Kerabat Diraja Pahang atas kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah, yang telah kembali ke rahmatullah pagi ini, 22 Mei 2019 bersamaan 17 Ramadan 1440 Hijrah.

Semoga ruh Almarhum Paduka Ayahanda Sultan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan para anbiya’ dan solihin. Buat seluruh Kerabat Diraja Pahang dan seluruh rakyat Pahang khususnya, semoga tabah menghadapinya dan sentiasalah mendoakan kesejahteraan untuk ruh Almarhum.

Saban hari banyak kita mendengar kematian di bulan yang mulia Ramadan ini. Mudah-mudahan Allah SWT mematikan kita semua dalam husnul khatimah dan semoga kita semua sentiasa mempersiapkan bekal untuk menghadapi detik kematian yang padanya tak akan terlewat mahupun tercepat.

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
22 Mei 2019 bersamaan 17 Ramadan 1440