Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Usah Politikkan Isu Kemasukan Matrikulasi

167 views
SHARE

Kenyataan Media
17 Ramadan 1440, 22 Mei 2019

Usah Politikkan Isu Kemasukan Matrikulasi

1. Saya menggesa supaya semua pihak berhenti daripada mempertikai serta mempolitikkan isu-isu berkaitan hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Bumiputra seperti yang telah termaktub dalam kontrak sosial.

2. Perdebatan mengenai kuota matrikulasi tidak seharusnya timbul dari awal lagi jika semua pihak memahami konsep ketatanegaraan ini. Malah, isu kuota ini juga tidak harus dipandang pada sisi negatif sehingga melambangkan suatu “diskriminasi” sedangkan kepentingan kaum lain dalam sistem pendidikan negara turut dilindungi.

3. Rakyat Malaysia diseru bersatu di dalam isu ini dan meminta supaya fungsi asal matrikulasi khas untuk Bumiputera dikekalkan sepertimana ianya diperkenalkan pada 1999 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

4. Golongan yang cuba menimbulkan provokasi dan mempolitikkan keistimewaan ini sebagai ancaman harus belajar konsep disebalik samarata dan saksama. Jika samarata yang dikejar, hasilnya mungkin berbeza. Tetapi jika saksama yang dikejar, tiada pihak yang akan didiskriminasikan kerana semuanya mendapat hak masing-masing seperti yang disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Islam Memimpin”

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
Ahli Dewan Negara