Home Artikel PAS Pulau Pinang

Katibah Ramadan kukuh tarbiyah Pemuda PP

67 views
SHARE
TASEK GELUGOR: Akademi Tarbiyah (AKTAR) Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Katibah Ramadan di Pusat Pengajian Darul Hadis, di sini 19 Mei lalu dan berakhir kelmarin.
Antara pengisian dimuatkan adalah dialog khas isu semasa bersama Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin dan kupasan sejarah tragedi Nakhbah Palestin oleh penceramah jemputan.
Majlis juga diisi dengan iftar jamaie hinggalah solat Tarawih, selain juga halaqah al-Mulk, qiamullail dan usrah santai selepas Subuh melibatkan Pemuda PAS seluruh negeri ini.
Menurut Pengarah AKTAR Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Azzam Abdullah, katibah ini bertujuan membina kekuatan intelek, rohani dan jasmani melalui diskusi ilmiah disamping pengisian lain.
Penutup majlis disempurnakan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden yang menegaskan persediaan Pemuda dalam banyak aspek untuk berada di medan perjuangan.
Antaranya seru beliau, supaya para Pemuda PAS menguasai kemahiran-kemahiran agar tidak hanyut atau menjadi lemah apabila diuji dalam menggalas tanggungjawab yang diamanahkan.