Home Artikel PAS Johor

Menyantuni Jururawat Sempena Hari Jururawat Sedunia 2019

114 views
SHARE

Menyantuni Jururawat Sempena Hari Jururawat Sedunia 2019

MUAR : Sempena Hari Jururawat Sedunia pada 12 Mei yang lalu, Dewan Muslimat PAS Kawasan Muar telah turun ke klinik-klinik kesihatan di Dun Maharani dan Dun Sungai Balang menyantuni para jururawat yang banyak berkorban memberi khidmat kepada masyarakat.

Program yang diketuai oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Muar, Puan Norhayati Sulaiman bersama beberapa ahli jawatankuasanya telah pergi ke 5 buah klinik iaitu Klinik Pakar Ortodontik Muar, Klinik Kesihatan Parit Bakar, Klinik Kesihatan Parit Yusof, Klinik Kesihatan Seri Menanti dan Klinik Kesihatan Parit Jawa.