Home Artikel PAS Perlis

Pemurnian Ramadhan Muslimat Arau

78 views
SHARE

Oleh: Nur Fariha Husna

ARAU :  Dewan Muslimat PAS Kawasan Arau telah mengadakan Program Tadarus Al Quran bertempat di Surau Al-Ikhwan, dekat sini pada 12 Mei yang lalu.

Program dihadiri oleh ahli jawatankuasa muslimat kawasan berkenaan serta penduduk setempat.

Selain bertadarus, turut diadakan adalah slot tazkirah yang disampaikan oleh Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Arau merangkap Pengerusi Lajnah Penerangan Muslimat Kawasan Arau, Ustazah Noor Seri Binti Osman.

Beliau telah menghuraikan maksud serta pengajaran yang terkandung dalam ayat 35 Surah Ali-Imran dan ayat 54 Surah Al-Maidah.