Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Menteri Jangan Jadikan Isu P Ramasamy Bersifat Peribadi Dengan Maza

737
SHARE

Menteri Jangan Jadikan Isu P Ramasamy Bersifat Peribadi Dengan Maza

Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa tidak wajar menjadikan isu P Ramasamy sebagai isu pertembungan peribadi dengan Mufti Perlis sehingga memerlukan pertemuan antara dua tokoh tersebut.

Isunya ialah pertembungan antara P. Ramasamy dengan kehendak rakyat yang cintakan kedamaian.

Puluhan laporan polis terhadap Dr P Ramasamy memerlukan penyiasatan. Menteri sewajarnya membiarkan polis menjalankan siasatan terlebih dahulu. Kenyataan-kenyataan Menteri yang dilihat berpihak kepada P Ramasamy dibimbangi boleh mempengaruhi siasatan polis.

Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali
Sabtu 28hb Julai 2018