Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Seruan Hadir Himpunan Kebangkitan Ummah

817
SHARE

Seruan Hadir HIMPUNAN KEBANGKITAN UMMAH

1. Saya Menyeru Seluruh Umat Islam Yang PRIHATIN untuk sama-sama turun ke HIMPUNAN KEBANGKITAN UMMAH esok Sabtu 28hb Julai 2018 di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur.

2. *Suara-suara sumbang berkumandang pasca PRU ke 14 begitu lantang mempertikaikan Islam, Melayu, bahasa Melayu dan Institusi Raja-raja Melayu yang merupakan 4 teras bernegara bagi Malaysia. Ia menggugat keharmonian bermasyarakat serta boleh mencetuskan pertembungan dan perbalahan di kalangan rakyat.

3. *Suara-suara sumbang ini adalah bunga-bunga awal untuk menguji keprihatinan umat Islam. Jika tiada yang bangkit menentang dengan lantang maka suara-suara sumbang itu akan terus menjadi gelombang yang berpotensi menghakis sedikit demi sedikit kedaulatan Islam, Melayu dan Raja-raja dalam negara majoriti muslim ini.

4. Justeru, andalah yang perlu menjadi benteng-benteng awal bagi mematikan suara-suara sumbang ini sebelum ia menjadi gelombang tsunami menukar negara berpaksikan Islam, Melayu dan Raja-raja kepada negara republik berasaskan sekuler dan pemikiran liberal.

“Sejahtera Bersama Islam”

Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
AJK DUPP

Jumaat 27hb Julai 2018