KOTA BHARU, 15 Jun: YAB Dato’ Menteri Besar Kelantan meluangkan masa meninjau proses suntikan vaksinasi Covid-19 di Pusat Vaksinasi Kota Darul Naim. Pusat Vaksinasi ini merekodkan sehingga 600 dos suntikan sehari dan mampu mengendalikan sehingga 1,000 dos sehari.
Sehingga 13 Jun 2021, Negeri Kelantan merekodkan jumlah vaksinasi sebanyak 219,408 meliputi 150,860 dos pertama dan 68,188 bagi dos kedua. Manakala jumlah pendaftaran bagi suntikan vaksin seramai 518,350.
Kerajaan Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri bersama agensi kerajaan serta sukarelawan terus berusaha bagi meningkat jumlah pendaftaran dan suntikan melalui pendekatan “outreach” di kawasan komuniti dan penggunaan pelbagai fasiliti seperti masjid dan surau.
Semoga usaha ini dapat menjayakan Program Imunisasi Vaksin Covid-19 di negeri Kelantan seterusnya memutuskan rantaian penularan Covid-19. Turut sama YB Dr Izani Husin, Exco Kerajaan Negeri dan YBhg Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri.