Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Menjunjung Kasih Yang Di-Pertuan Agong

369
SHARE

MENJUNJUNG KASIH YANG DI-PERTUAN AGONG

1. Dewan Muslimat PAS Malaysia menjunjung kasih ke bawah duli Yang di-Pertuan Agong atas keprihatinan Tuanku terhadap kegelisahan rakyat menghadapi Covid-19. Banyak perkara yang perlu difikirkan demi memastikan survival negara menghadapi masalah ini.

2. Sesungguhnya Tuanku ternyata amat berhati-hati dalam membuat keputusan ini umpama menarik rambut dari tepung dengan mengharapkan rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.

3. Namun begitu ternyata masih ada pihak yang membuat pelbagai spekulasi atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara petang semalam dan masih lagi berniat mempersoalkan keabsahan kerajaan sedia ada. Sikap begini boleh menimbulkan rasa muak dan kecewa di kalangan rakyat.

4. Sepanjang di bawah pemerintahan Tan Sri Muhyidin Yassin, pemerintahan negara diiktiraf sebagai antara yang terbaik di dunia dalam menangani Covid-19. Kita berjaya mengeluarkan negara dari senarai tertinggi 20 selepas PKPB. Penghargaan dari tuanku dalam mengiktiraf pemerintahan kerajaan ini sesungguhnya suatu pengiktirafan yang sangat berharga sebagai pencetus semangat kepada Perdana Menteri dan barisan Menteri kabinet untuk terus berjuang membebaskan negara dari penyakit pandemik ini.

5. Gelombang ketiga yang sangat membimbangkan ini seharusnya menjadi jambatan penghubung kepada satu perpaduan dan penyatuan yang lebih jitu. Daripada titah YDP Agong yang telah menolak permohonan Darurat, Tuanku menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mengenepikan segala perbezaan dan perbalahan khususnya dari aspek politik. Tuanku turut menyeru rakyat untuk bersatu padu memainkan peranan masing-masing dalam membantu kerajaan dan pihak-pihak berkuasa membendung wabak COVID-19 demi keselamatan diri dan kesejahteraan negara.

#Islammemimpinmemperkukuhperpaduan
#Islammemimpinwanitasejahtera.

YB Senator Ustazah Nuridah bt Mohd Salleh.
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia,
26hb Oktober 2020 bersamaan 9 RabiulAwal 1442H.