Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 2 kes jangkitan baharu, 4 kes sembuh

495
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

HANG TUAH JAYA, 26 Okt: Dua kes jangkitan baharu manakala empat kes sembuh direkodkan untuk kes penularan wabak Covid-19 di Melaka hari ini menurut satu hantaran di laman Telegram rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Melaka sebentar tadi.

Menurut laporan itu dua kes baharu itu direkodkan di Mukim Ayer Molek melibatkan mangsa berumur tiga dan 34 tahun yang dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan saringan kontak rapat kes positif.

Ini menjadikan kes aktif yang masih dirawat di Negeri Melaka kini adalah sebanyak 31 kes sehingga hari ini.

Negara hari ini sekali lagi dikejutkan dengan angka jangkitan Covid-19 seluruh negara yang mencapai angka 1240 kes, lebih tinggi daripada rekod 1228 kes yang dicatatkan pada 24 Oktober lepas.

Perlis, Pahang dan Kelantan tidak merekodkan sebarang kes baharu hari ini sementara Sabah masih kekal sebagai penyumbang terbesar kepada statistik harian Covid-19 negara dengan merekodkan sebanyak 927 kes.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)