Home Artikel PAS Pahang

Jabatan AMAL Malaysia Pahang kumpul barangan terpakai

251
SHARE

Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang bekerja sama dengan Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang menganjurkan program mengumpul barang-barang terpakai peringkat daerah Balok. Kempen ini memberi fokus kepada pengumpulan barangan elektrik dan elektronik yang telah rosak. Program ini yang turut mendapat kerjasama rapat daripada Masjid Qaryah, Balok, telah dilancarkan di perkarangan parkir Masjid Qaryah, Balok.

Antara barangan yang berjaya dikumpul ialah seperti kipas angin, tv, komputer, mesin pencetak, mesin basuh, peti sejuk dan banyak lagi. Menurut Timbalan Pengarah 1 Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang, Halmi Bin Ismail, Jabatan Amal Malaysia rasa terpanggil untuk bersama-sama menyokong dan menjayakan program anjuran Jabatan Alam Sekitar. Program kempen ini dirancang akan berlangsung selama sebulan di beberapa daerah.

Menurut Juruteknik Kanan Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang, Rosmah Binti Ali menyatakan, kempen ini bertujuan menyedarkan orang ramai akan kepentingan melupuskan barangan elektrik dan elektronik yang telah rosak dengan cara yang betul, demi keselamatam dan kelestarian alam sekitar. Ini kerana, pelupusan yang tidak betul boleh mencemarkan alam sekitar dan meninggalkan kesan kerosakan bagi jangka masa yang panjang. Selain itu program in juga bersempena Hari Alam sekitar Malaysia

Penduduk tempatan yang ditemui menyatakan penghargaan kepada pihak penganjur atas inisiatif ini kerana ia memudahkan warga tempatan untuk melupuskan barangan terpakai dengan cara yang betul dan mudah.

Studio Amal Pahang