Home Berita PAS Negeri Sembilan

Menghargai perjuangan veteran PAS Kawasan Rembau

754
SHARE

27 September 2017 – Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau, Tn Hj Mohammad Hassan bin Tamby serta Pengarah JPRD DUN Kota, Tn Hj Ishak bin Hj Omar serta beberapa AJK lain telah mengadakan sesi berbual mesra dan bertanya khabar pejuang veteran PAS di Rembau.

Antara yang diziarahi ialah:

Tuan Hj Ahmad bin Ariffin, bekas Pengurus Pasti Al Amin, Pulau Mampat. Aktif bergerak bersama PAS di DUN Kota. Kini menggunakan kerusi roda kerana diserang angin ahmar sejak beberapa ketika. Tinggal di Kg Perigi Batu, Penajih.

Abdul Rahman b Mat Sohor. Pengerusi Tetap PAS Cawangan Astana Raja. Aktif bersama PAS sejak muda hingga kini. Tinggal di Kg Penajih.

Tuan Baharuddin bin Ali menetap di Astana Raja. Pernah menjadi calon PAS DUN Kota dalam Parlimen Tampin waktu itu. Beliau ada angin ahmar dan bergerak menggunakan kerusi roda.

Tuan Hj Samsudin bin Dewa pernah tiga kali menjadi calun PAS DUN Kota ketika dalam Parlimen Tampin. Beliau diserang angin ahmar baru-baru ini. Tinggal di Kg Semerbok.

Tuan Hj Hasim bin Jonet. Veteran PAS Kota. Beliau tinggal di Kg Legong Ulu.