Home Fastaqim

Ratusan Anak Muda Meriahkan Konvoi Panji Fastaqim

2943
SHARE

Ratusan Anak Muda Meriahkan Konvoi Panji Fastaqim

KUALA NERUS, 29 Sep – Kemeriahan Fastaqim 2.0 kali ini membuka tirai dengan Konvoi Panji dari Marang ke Batu Buruk.

Pelepasan konvoi telah disempurnakan oleh ADUN Bukit Payung merangkap Ketua Penerangan PAS Teregganu, YB Mohd Nor Hamzah.

Penyertaan ratusan anak muda bersama kibaran panji Fastaqim dan bendera PAS berjaya menarik perhatian warga Terengganu.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Khalil Abdul Hadi turut menyempurnakan bacaan doa sebelum pelepasan bermula. Turut hadir dalam acara sama ialah Ketua Penerangan Pemuda PAS Kawasan Marang, Saudara Aswadi Mohamad.

Sebelum itu, majlis pelepasan konvoi dimulakan dengan ucapan oleh Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah selaku Penolong Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu merangkap Pengarah Jabatan Penerangan PAS Negeri Terengganu.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan peranan anak muda dalam menyemarakkan fastaqim kali ini.

Beliau dalam masa sama mengucapkan terima kasih kepada pemuda yang siap sedia berkampung di perkarangang fastaqim.

“Kita adakan Fastaqim tidak lain tidak bukan melainkan untuk mengajak masyarakat istiqamah dalam perjuangan Islam, istiqamah dengan agama ini, istiqamah dengan kebaikan, istiqamah hadapi segala kezaliman dan pelbagai kemungkaran yang ada di muka bumi ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada anak-anak muda yang dipimpin oleh Ketua DPPM, Ustaz Khalil dari seluruh negara yang akan berkampung di Pantai Tok Jembal,” ujar beliau bersemangat.

Beliau dalam masa sama menyeru semua lapisan masyarakat memenuhi acara Ceramah Pra Fastaqim malam nanti sebagai bukti gelombang PAS kini siap sedia berhadapan pilihan raya akan datang.

Pelbagai acara menarik seperti Mega Jambori Pickup 4×4, Fastaqim Motor Autoshow, Alternative Band Show dan Karnival Perdana Permotoran ARC juga dijadualkan berlangsung pada jam 3 petang hari ini.

Fastaqim 2.0 kali ini turut disajikan dengan Karnival Anak Muda Istiqamah yang bakal dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysa, Ustaz Khalil Abdul Hadi dan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh esok.