Home Berita PAS Kelantan

Memulakan tanggungjawab Ahli Parlimen

1299
SHARE

SIDANG Parlimen pertengahan Julai ini, saya telah menghantar 15 soalan untuk dibangkitkan iaitu:

Satu soalan untuk Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berhubung perkembangan pembinaan tebatan banjir sepanjang jajaran Sungai Golok yang melibatkan Parlimen Rantau Panjang, Pasir Mas dan Tumpat.

Satu soalan untuk Menteri Belia dan Sukan berhubung persiapan negara membentuk pelapis sukan badminton.

Lima soalan untuk Menteri Pendidikan, antaranya berkenaan pelajar OKU dalam sistem pendidikan negara dan isu guru duka lara.

Tiga soalan untuk Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung hak-hak OKU dan petugas di Pusat Dalam Komuniti (PDK)

Satu soalan untuk Menteri Kesihatan berhubung langkah-langkah kerajaan untuk mengatasi isu kekurangan therapist atau pathologistpertuturan-bahasa (SLP) dalam penilaian, diagnosis dan pemulihan OKU yang kritikal pada hari ini.

Satu soalan untuk Menteri Kewangan berhubung kerugian pelaburan KWSP yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum yang lalu.

Satu soalan untuk Menteri Pertahanan berhubung kebajikan pesara tentera.

Dua soalan untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (portfolio undang-undang) berhubung status siasatan SPRM terhadap pemimpin-pemimpin parti politik dan juga setakat manakah minat kerajaan untuk meneruskan perjalanan Usul RUU Akta 355 yang telah dibaca dalam sesi Dewan Rakyat sebelum ini.

Semoga soalan-soalan yang telah dihantar ini dapat dinyatakan jawapannya oleh pihak kerajaan demi kepentingan rakyat keseluruhannya.

AHMAD FADHLI SHAARI 
Ahli Parlimen Pasir Mas 
2 Julai 2018