Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Memorandum Persefahaman : Sinar politik matang dan sejahtera

42
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN: SINAR POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan dan pembangkang yang bersepakat menandatangani Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik sekaligus memberi gambaran positif kepada landskap politik negara.

Usaha besar inisiatif pihak kerajaan ini adalah satu langkah penting yang diambil demi mewujudkan kestabilan politik sebagai asas untuk membebaskan negara daripada wabak COVID-19 dan seterusnya memacu negara ke arah yang lebih cemerlang. Memorandum persefahaman ini merupakan langkah tepat yang diambil oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri ke-9 yang merangkumi enam transformasi dalam menjayakan gagasan Keluarga Malaysia iaitu:

I. Pemerkasaan Pelan COVID-19;
II. Transformasi Pentadbiran;
III. Pembaharuan Parlimen;
IV. Kebebasan Institusi Kehakiman;
V. Perjanjian Malaysia MA63; dan
VI. Pembentukan Jawatankuasa Pemandu

Memorandum persefahaman ini juga bertepatan dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang telah diperkenalkan oleh PAS sebagai teras politik negara yang menjadikan agenda politik matang oleh semua pihak untuk kesejahteraan negara.

Semoga dengan termeterainya memorandum persefahaman ini pihak kerajaan dan pembangkang dapat bekerjasama sebaik mungkin demi kesejahteraan rakyat dan negara.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
14 September 2021 | 6 Safar 1443