Oleh : Azizah Mahmood
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu bukan sahaja berhasrat membudayakan hidup bersyariat tetapi juga ingin membina generasi yang menjaga fardu kifayah.
Pengarah Majlis Tindakan DUN Wakaf Mempelam, Dato ‘ Wan Sukairi Wan Abdullah berkata walaupun kursus pengurusan jenazah hanyalah fardu kifayah tetapi setiap orang perlu mempelajarinya.
” Ramainya yang meninggal di sekeliling kita, setiap hari, setiap masa, muda mahupun tua, sakit ataupun sihat dan kita yang hidup kena menguruskannya mengikut kaedah Islam kita ” jelasnya.
Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu itu berkata demikian ketika merasmikan majlis penutup Kursus Pengurusan Jenazah yang diadakan di Masjid At-Taqwa, Durian Burong di sini pada 27 Oktober.
Program anjuran Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial, DUN Wakaf Mempelam dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (IMITS) DUN dan Masjid At-Taqwa.
Ini adalah kali ketiga program seumpama itu diadakan hasil kerjasama dengan masjid di sekitar Kuala Terengganu.
Beliau yang turut memuji program tersebut yang memberi membuka peluang kepada masyarakat mempelajari secara teori dan amali mengurus jenazah.
“Teruskan program sebegini dalam memberi ilmu kepada komuniti untuk berkhidmat kepada masyarakat sekeliling,” ujarnya.
Kursus telah dikendalikan oleh penceramah jemputan Ustaz Samsuri Taib, seorang pemandi jenazah di bawah Pejabat Agama Islam, Negeri Terengganu.
Program.juga di hadiri oleh pelajar tahfiz Madrasah Tahfiz As-Sabiqun (MATAS) yang berusia 15 hingga 17 tahun sebagai pendedahan untuk bersama mempelajari kaedah pengurusan jenazah.