Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Membendung Gejala Songsang : Solidariti Muslimat PAS Buat Dr. Ilyani

1076
SHARE

Membendung Gejala Songsang : Solidariti Muslimat PAS Buat Dr. Ilyani

1. Sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 3 (1), Islam merupakan agama rasmi di Malaysia. Mahupun begitu, realiti senario yang berlaku baru-baru ini mengenai keutuhan perkara tersebut semakin membimbangkan.

2. Pada 6 Ogos 2018 yang lalu, Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi yang merupakan seorang pegawai perubatan bertauliah, telah mengeluarkan suatu komentar berkenaan kebimbangannya terhadap isu LGBTQ yang semakin menular. Walau mendapat sokongan yang kuat, dalam masa yang sama terdapat pihak yang melihat suara beliau ini sebagai ancaman dan diberikan tekanan termasuk mencabar profesionalism beliau.

3. Dewan Muslimat PAS Malaysia menyokong keberanian beliau dalam menyampaikan kebenaran dan menggesa hak bersuara wanita Islam sewajarnya tidak disekat.

4. Dalam masa yang sama, umum turut mengetahui betapa kebejatan masalah sosial masa kini yang menular semakin membimbangkan. Seharusnya segenap usaha perlu digembeleng untuk mencari solusi.

5. Menurut data yang dikeluarkan oleh ‘Malaysian Aids Council’ pada tahun 2016, sebanyak 46% kes baru HIV pada tahun tersebut adalah disebabkan kegiatan homo/bisexual. Manakala data dari ‘HIV and AIDS Data Hub for Asia-Pasific’ pula menunjukkan kegiatan LGBTQ menjadi penyebab utama risiko jangkitan HIV di Malaysia.

6. Terkini, kenyataan menteri di Jabatan Perdan Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Mujahid Yusuf Rawa berkenaan isu ini juga mengelirukan serta seolah-olah menunjukkan pengiktirafan terhadap kumpulan LGBTQ.

7. Akhir sekali, Dewan Muslimat PAS Malaysia ingin menyatakan kebersamaan dalam solidariti buat Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi. Sesungguhnya seluruh Muslimat PAS Malaysia bersama-sama sepenuh hati turut membawa suara yang memperjuangkan keamanan serta keharmonian sahsiah dan rohani demi menuju Malaysia Sejahtera.

Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
14 Ogos 2018 bersamaan 2 Zulhijjah 1439