Home Berita PAS Perlis

YB Guar Sanji Korbankan Masa Untuk Bersama Masyarakat

891
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU: Demi menyempurnakan amanah yang diberi, ADUN Guar Sanji, YB Ustaz Mohd. Ridzuan  Hashim sanggup menghabiskan masa seharian beliau untuk turun ke lapangan berjumpa dengan masyarakat, khasnya dalam kawasan yang diwakilinya.

Pada sebelah pagi 13 Ogos yang lalu, beliau bersama-sama dengan pembantunya telah menziarahi beberapa orang penduduk warga emas di Kampung Che Ok, Arau, Perlis.

Dalam kunjungan berkenaan, beliau sempat beramah mesra dengan para penduduk yang ditemui serta mendoakan kesihatan buat mereka yang rata-rata berada dalam keadaan uzur.

Bekas guru di Madrasah Diniah Islamiah (MADI) itu kemudiannya meneruskan agenda bersama masyarakat dengan melawat beberapa orang pesakit di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, pada sebelah petangnya.

Selepas solat Maghrib, beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis serta Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Arau telah bergegas ke SRI Al Furqan, Jejawi Dalam, untuk bersama-sama anak muda dalam program Usrah Mingguan DPPNPs.