Home Berita PAS Perlis

Johan Keseluruhan Alam Ria PASTI Negeri Perlis Milik Kontinjen PASTI Arau

995
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU : Alam Ria PASTI Negeri Perlis 2018 yang berlangsung pada 11 Ogos 2018 di Kompleks Pendidikan MADI, Jejawi Dalam, Perlis menyaksikan penguasaan Kontinjen PASTI daripada Kawasan Arau yang dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan setelah memenangi lapan daripada keseluruhan 11 acara yang dipertandingkan.

Kontinjen berkenaan telah memenangi acara Azan, Nasyid, Hafazan (Lelaki), Khutbah, Pidato, Sajak (Lelaki), Sajak (Perempuan) dan Bercerita Lelaki.

Dua acara dimenangi oleh peserta daripada PASTI Kawasan Kangar iaitu Kalam Jamaie dan Hafazan (Perempuan) manakala johan bagi acara Bercerita (Perempuan) menjadi milik peserta daripada PASTI Kawasan Padang Besar.

Para pemenang bagi setiap acara akan mewakili PASTI Negeri Perlis ke Alam Ria PASTI Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 31 Ogos hingga 1 September di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Selangor Darul Ehsan.

Alam Ria PASTI Negeri Perlis 2018 turut mendapat penajaan berupa hadiah pertandingan daripada pelbagai pihak, antaranya World Marketing Work Sdn. Bhd., syarikat pengeluar produk Susu Irfan.

Hadiah kepada para pemenang, telah disampaikan oleh Wan Hassan Ismail, Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Negeri Perlis.