Home Artikel PAS Kedah

Memali Tetap di Hati Pemuda PAS Kedah

313
SHARE

Jumaat | 22 Mei 2020 – Seusai kesibukan pembentukan Kerajaan Negeri Kedah Pemuda PAS Kedah dengan kerjasama Pemuda PAS Baling menyantuni warga Madrasah Islahiah Diniah, Memali sebagai tanda ingat Memali tetap di hati pemuda.

Ziarah yang diutarakan oleh Ketua Pemuda PAS Kedah Ustaz Nurul Amin Hamid ini telah menyantuni 19 orang guru dan kakitangan madrasah yang dipimpin oleh Ustaz Yusop Che Mit selaku Mudir madrasah.

Dalam kunjungan tersebut Pemuda PAS Kedah turut menyampaikan sedikit sumbangan duit raya dan hamper barangan keperluan untuk para guru menyambut Syawal yang bakal tiba.

Sebagai tanda kerjasama erat, Ketua Pemuda serta AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling turut menyumbang tenaga dan kewangan bagi menjayakan program tersebut.

Pemuda PAS Kedah merakamkan ucapan terima kasih kepada Setiausaha PAS kawasan Baling dan seluruh pemuda PAS kawasan serta semua pihak yang memberikan sokongan dan dokongan padu bagi menjayakan program ini.

DemiIslam

IslamMemimpinPerpaduan

AnakMudaSayangUlamak

MemaliTetapDiHatiPemuda