Home Artikel PAS Melaka

Amalan BPMS selamatkan negara – YDP PAS Alor Gajah

282
SHARE

Oleh AL-ANSARI

ALOR GAJAH, 5 April : “PAS menyeru semua kumpulan Islam untuk bersama dalam sebuah pakatan baharu iaitu Perikatan Nasional (PN) bersama-sama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang berteraskan Islam dan mengamalkan ‘Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS)’ demi menyelamatkan negara.

“Dengan budaya ini akan sentiasa mengajak kepada perpaduan, bersabar dan tidak berdendam terhadap suara-suara sumbang yang cuba untuk menghalang usaha ini kerana matlamat ini adalah demi menyelamatkan manusia seramai mungkin dan bukan menyelamatkan individu tertentu.

“Islam adalah agama yang adil kepada semua dan apabila tertegaknya Islam di Malaysia, sudah tentu bukan sahaja Melayu, bahkan Cina, India dan semua bangsa pasti akan selamat”.

Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin berkata demikian kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM) ketika ditemui di ‘Program Jelajah Kasih Pakwan Prihatin’ di DUN Durian Tunggal, di sini, semalam.

Program ini dimulakan dengan konvoi bermotor yang disertai oleh lebih 80 buah motor daripada kelab Rakan Permotoran Melaka (RPM) bermula dari Pekan Alor Gajah hingga ke Kampung Pantai Belimbing.

Program kemudiannya dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof atau lebih mesra dengan panggilan ‘Pakwan’ yang bertempat di Kedai Makan Nasir di Kampung Pantai Belimbing.

Dalam program tersebut, Pakwan yang juga merupakan Ahli Parlimen Alor Gajah itu turut menyampaikan sumbangan kit makanan dan beg sekolah kepada puluhan penerima.

Rata-rata penerima yang ditemui mengucapkan tahniah atas penganjuran program ini dan berterima kasih atas sumbangan beliau ini.

Program ini juga turut dihadiri oleh Pengerusi Gerakan Pembela Ummah Negeri Melaka, Hishammuddin Abu Bakar dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dun (JPRD) Durian Tunggal, Azman Ahmat.

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

.      SAMBAL IBU SARI