Home Berita PAS Kedah

MB ziarah mangsa banjir Kampung Alor Ali

166
SHARE

PENDANG, 31 Okt – Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menziarahi mangsa banjir yang terperangkap di Kampung Alor Ali, Pendang sejurus selepas kawasan itu dinaiki air.

Dalam tinjauan tersebut, didapati masih banyak rumah yang digenangi air dan terputus laluan kenderaan.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa dan sempat meninjau beberapa lokasi yang dipercayai menjadi punca banjir kilat yang berlaku.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan merangkap ADUN Tokai, YB Dato’ Dr Mohd Hayati Othman.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Sumber – Urus Setia Penerangan Darul Aman