Home Berita PAS Pahang

Pemuda PAS Pahang seru gerakkan ahli keluarga menjadi tunjang parti

138
SHARE

Oleh: KHAIRUL IZWAN

PORT DICKSON, 30 Okt. :: Pembahas dari Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang, Ustaz Mujahidul Amin menyeru seluruh pemuda memastikan ahli keluarga supaya menjadi tunjang parti.

“Pastikan isteri, anak dan ahli keluarga menjadi tunjang, tulang belakang dalam perjuangan ini,” kata beliau ketika membahaskan ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

“Ahli keluarga kita adalah golongan terdekat untuk digerakkan menjadi petugas parti pada PRU terdekat,” tambah Mujahidul.

Mujahidul Amin menjadi perwakilan Dewan Pemuda PAS Paya Besar dan mewakili Pemuda PAS Negeri Pahang dalam perbahasan tersebut.

Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia diadakan di sebuah resort di sini hari ini dan esok yang berlangsung secara fizikal dan secara atas talian di lokasi berbeza di negeri masing-masing.