Home Berita PAS Kedah

MB santuni petugas dan penderma darah

151
SHARE

SIK- Seramai 53 orang tampil menderma darah dalam program derma darah anjuran bersama PAS Kawasan Sik, Unit Tabung Darah Hospital Sik dan Pusat Khidmat Β Rakyat Ahli Parlimen Sik.

Meskipun masih berdepan dengan ancaman wabak Covid-19 yang masih belum reda, namun mereka yang hadir telah diberi pelepasan khas oleh pihak Hopsital Sik memandangkan kepentingan untuk menambah stok darah yang amat berkurangan di Hospital tersebut.

Menteri Besar Kedah, Haji Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Sik hadir menyantuni para penderma dan petugas yang menjayakan program tersebut di kompleks PAS Kawasan Sik, Sungai Pau, di sini.

“Saya menyucapkan terima kasih kepada semua penderma yang budiman di atas sambutan yang amat menggalakkan, terima kasih kasih kepada kakitangan Hospital Daerah Sik, kakitangan pejabat PAS Kawasan, Dewan Muslimat PAS Kawasan, Dewan Pemuda PAS Kawasan, kakitangan Pusat Khidmat Rakyat ADUN Jeneri dan kakitangan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sik.” Katanya.

” Darah anda semua menjadi penyelamat ramai nyawa di luar sana.”

Turut hadir Ahmad Tarmizi Sulaiman, Ahli Parlimen Sik serta ahli Jawatankuasa Kawasan, Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan Sik.