Home Berita PAS Kelantan

Bantuan Kuarantin Parlimen Kuala Krai

68
SHARE
KUALA KRAI, 5 Jun: Agihan bantuan keperluan asas untuk penduduk Kuala Krai yang terlibat dengan kuarantin, terus berjalan. Dalam tempoh seminggu ini sahaja sebanyak 208 pek bantuan dihantar oleh Penghulu kepada warga yang terlibat dengan perintah kuarantin.
Jumlah keseluruhan daripada awal agihan sebanyak 664 pek.
Akibat pandemik ini, ramai yang terkesan tetapi sumbangan diberikan mengikut keutamaan.
Sumbangan disalurkan melalui Penghulu-penghulu masing-masing dan penduduk yang terjejas boleh terus merujuk kepada mereka.