Home Berita PAS Kedah

MB rasmi Hari Sukan Negara peringkat negeri Kedah

313
SHARE

Oleh AMAL NABILA

LANGKAWI, 10 Okt – Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor merasmikan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Negeri Kedah di Dataran Chenang, Langkawi, semalam.

Hari Sukan Negara diadakan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun.

Ini sebagai langkah mentransformasikan Malaysia kepada negara bersukan bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan rakyat Malaysia aktif bersukan.

Turut sama Speaker DUN Kedah, YB Juhari Bulat, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan, Seni dan Budaya, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Mohd Firdaus Ahmad; Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Abd Aziz Abd Rahman serta barisan Exco Negeri Kedah.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Sumber : Urus Setia Penerangan Darul Aman