Home Berita PAS Kedah

MB Kedah : Bazar di lima daerah PKP dibenarkan dengan SOP tegas

154
SHARE

ALOR SETAR – Kegiatan ekonomi di lima daerah negeri ini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah dibenarkan, demikian umum Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor.

Keputusan melegakan itu termasuk ke atas operasi pasaraya, Bazar Ramadhan dan Bazar Aidil Fitri yang sebelum ini diberi tempoh khas hingga hari ini untuk menghabiskan barang mentah jualan.

Pun begitu tegas Muhammad Sanusi, kebenaran bagi menjalankan operasi di bawah kegiatan ekonomi dinyatakan itu mesti dibuat dengan pengawasan prosedur operasi standard (SOP) yang tegas.

Beliau memberitahu perkara itu selepas mengikuti Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara atas talian dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak jam 2:30 petang tadi.

MKN sebelum ini mengisytiharkan PKP bagi daerah Kota Setar, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu setelah kes positif COVID-19 mencatatkan pertambahan angka selama 14 hari berturut-turut.

Demikian itu, berbangkit persoalan mengenai SOP yang jika menurut panduan dikeluarkan pada PKP sebelum ini adalah tidak membenarkan operasi pada kebanyakan premis atau aktiviti berkaitan.

Semalam, Sanusi memaklumkan bahawa beliau akan membangkitkan situasi peniaga yang menanggung kerugian akibat penutupan Bazar Ramadhan dan Bazar Aidil Fitri pada mesyuarat tersebut.

“Saya akan membangkitkan situasi peniaga-peniaga bazar yang tidak dapat menanggung beban yang terlalu besar akibat penutupan perniagaan di Bazar Aidil Fitri dan Bazar Ramadhan.

“Saya juga berharap agar bazar dalam kawasan PKP diberi kelonggaran untuk beroperasi dengan SOP yang diperketatkan. Semoga ada khabar melegakan esok bagi lima daerah yang kena PKP,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan mengenai SOP dimaksudkan tetapi memberitahu bahawa langkah-langkah untuk menghadapi peningkatan jumlah kes COVID-19 akan dimaklumkan.

Kedah terus mencatatkan pertambahan kes positif di mana hari ini terdapat 103 lagi pertambahan kes baru