Home Berita PAS Kelantan

MB bersyukur banjir semakin pulih

132
SHARE

TUMPAT, 27 Dis: Ekoran keadaan cuaca yang kini bertambah baik, sebahagian mangsa banjir yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini telah dibenarkan pulang sejak semalam.

Meninjau catatan di laman sosialnya, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob menzahirkan kesyukuran memandangkan keadaan banjir di Kelantan kini semakin pulih.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan yang tidak jemu datang membantu mangsa banjir.

“Alhamdulillah, keadaan semakin pulih, terdapat seramai 5,411 lagi mangsa banjir yang berada di dua jajahan iaitu Tumpat dan Pasir Mas. Terima kasih juga kepada anggota pasukan keselamatan, NGO dan sukarelawan yang tidak jemu membantu mangsa banjir di Kelantan,” tulisnya.

Walau bagaimanapun tambahnya tumpuan diberi sekarang adalah ke arah pemulihan pasca banjir khususnya di Tumpat dan Pasir Mas.