🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
Sarawak

Maszlee Letak Jawatan, Sarawak Rugi

Peletakan Jawatan oleh Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan adalah satu berita yang mengejutkan semua pihak di hari pertama persekolahan. Menteri Pendidikan itu antara menteri yang rajin turun ke Sarawak malah telah berusaha untuk mendapatkan peruntukan membaiki sekolah dhaif di Sarawak. Untuk rekod tahun lepas sebanyak RM1bilion telah diperuntukan kepada Sarawak untuk membaiki 37 buah sekolah dhaif pada fasa pertama.

Namun muktakhir ini, banyak isu berkaitan pendidikan yang masih berlanjutan sehingga dilihat menjadi medan untuk sesetengah pertubuhan menyerlahkan sikap agresif mereka. Biarpun banyak isu yang berlaku, Sarawak tetap tidak menghadapi masalah setakat ini dalam merealisasikan agenda pendidikan terutama dalam isu sekolah dhaif. Ternyata pengumuman peletakan jawatan itu dilihat akan menjejaskan agenda pendidikan di Sarawak sekiranya menteri baru yang akan datang mengubah segala dasar dan keputusan sedia ada.

Oleh yang demikian, wakil rakyat DAP-PH dari Sarawak perlu meletakan kerisauan dan kebimbangan atas apa yang telah berlaku. Mereka perlu pertahankan agenda keutamaan untuk Sarawak agar apa jua perubahan dan kucar kacir dalam kerajaan persekutuan mereka ketika ini tidak akan menjejaskan rakyat. Sekolah di Sarawak memerlukan banyak lagi dana pembangunan agar pendidikan rakyat negeri ini tidak terabai. Jaminan perlulah diberikan oleh DAP-PH Sarawak bahawa menteri yang baru dilatik nanti mestilah lebih baik dari Maszlee dan bukan seorang yang berat sebelah.

Disinilah rakyat Sarawak boleh menilai, dalam tempoh belum sampai dua(2) tahun sudah pelbagai ragam yang berlaku kepada kerajaan persekutuan. Malah wakil rakyat DAP-PH dari Sarawak tidak dapat melakukan apa-apa dan hanya menurut perintah parti mereka di semenanjung. Rakyat Sarawak perlu memberi kumpulan agar tidak mudah terpengaruh untuk menukar kerajaan pada PRN akan datang.

ZHARUDIN NARUDIN
KETUA PENERANGAN PAS SARAWAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️