Home Berita PAS Kelantan

Masyarakat diseru jaga kebersihan

101
SHARE

BACHOK, 13 Dis: Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, dan Kesihatan YB Dr Izani Husin menyeru semua masyarakat di Kelantan agar bertanggungjawab menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah merata-rata.

Menurutnya, pelbagai rancangan telah dikenal pasti supaya kecekapan pengurusan kutipan sampah dan pelupusan sampah dapat dipertingkatkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari masa ke semasa.

“Semoga kecekapan pengurusan kutipan sampah di PBT Bachok dapat dipertingkatkan lagi. Buat masyarakat, buanglah sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan. Kebersihan persekitaran adalah tanggungjawab kita bersama,” katanya pada majlis penyerahan lori kompaktor dan lori roro kepada Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (MDB-BPI), semalam.