Home Berita PAS Melaka

Mas Ermieyati bakal menentang Rauf di DUN Tanjung Bidara

756
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 6 Nov: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsuddin bakal menentang Pengerusi Perhubungan BN negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di N02 Tanjung Bidara dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan bermula minggu hadapan.

Ini berdasarkan pengumuman calon-calon bagi mewakili Perikatan Nasional yang telah dibuat oleh pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi yang dipancarkan secara dalam talian melalui laman Facebook rasmi beliau.

Menurut pengumuman itu Perikatan Nasional meletakkan calon di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi PRN ini yang mewakili parti komponen-parti komponen gabungan itu dengan Bersatu bakal bertanding di 15 kerusi manakala PAS lapan, dan Gerakan lima.

Berikut ialah senarai penuh calon-calon Perikatan Nasional Negeri Melaka bagi PRN ini:

• N01 Kuala Linggi – Aziah Mohd Saad (PAS)

• N02 Tanjung Bidara – Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (Bersatu)

• N03 Ayer Limau – Dr Nordina Abd Latiff (Bersatu)

• N04 Lendu – Mejar (B) Abdullah Mahadi (Bersatu)

• N05 Taboh Naning – Abu Hashim Abdul Samad (PAS)

• N06 Rembia – Zamzuri Arifin (Bersatu)

• N07 Gadek – Amir Fitri Muharam (Bersatu)

• N08 Machap Jaya – Tai Siong Jiul (Bersatu)

• N09 Durian Tunggal – Jaafar Othman (PAS)

• N10 Asahan – Dhanesh Basil (Gerakan)

• N11 Sungai Udang – Dr Mohd Aleef Yusof (Bersatu)

• N12 Pantai Kundor – Mohamad Ridzwan Mustafa (Bersatu)

• N13 Paya Rumput – Muhammad Faris Izwan Mazlan (Bersatu)

• N14 Klebang – Bakri Jamaluddin (PAS)

• N15 Pengkalan Batu – Azrudin Md Idris (Bersatu)

• N16 Ayer Keroh – Datuk Seri Micheal Gan Peng Lam (Gerakan)

• N17 Bukit Katil – Muhammad Al Afiz Yahya (PAS)

• N18 Ayer Molek – Mohd Fadly Samin (Bersatu)

• N19 Kesidang – Patrick Ng Chin Kae (Gerakan)

• N20 Kota Laksamana – Fong Khai Ling (Gerakan)

• N21 Duyong – Datuk Kamarudin Sidek (PAS)

• N22 Banda Hilir – Clarice Chang Ming Wang (Gerakan)

• N23 Telok Mas – Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen (Bersatu)

• N24 Bemban – Dr Mohd Yadzil Yaakub (Bersatu)

• N25 Rim – Azalina Abdul Rahman (Bersatu)

• N26 Serkam – Ahmad Bilal Rahudin (PAS)

• N27 Merlimau – Abd Alim Shapie (PAS)

• N28 Sungai Rambai – Muhammad Jefri Safry (Bersatu)