Home Berita PAS Johor

Mari Turun Kita Bincang

1081
SHARE

Mari Turun Kita Bincang

: ‘Aisyaa Yasmin

Johor: NGO UMMAH cawangan Johor menyeru rakyat untuk turut hadir sama ke Konvensyen UMMAH di Dewan Sangkar Kristal, Johor.

Konvensyen ini akan membincangakan isu-isu penting berkenaan Islam dan Melayu di Malaysia khususnya di negeri Johor.

Pengerusi Gerakan Pembela UMMAH Johor, Dr Mohd Mazri Bin Yahya menyifatkan perpaduan adalah satu rahmat dan perpecahan merupakan satu bala.

“ Dengan perpaduan ummah lah kita akan kembali kuat bukan sahaja dari sudut sosial tetapi ekonomi juga”

Beliau mengajak seluruh rakyat Johor untuk turut serta ke konvensyen yang akan diadakan pada 23 Febuari ini, dan segera mendaftar bagi memudahkan pihak pengurusan.

Setakat ini , kehadiran yang didaftarkan adalah seramai 1500 daripada pelbagai NGO yang mempunyai iltizam yang sama dalam satu tujuan untuk menyatu padukan ummah. Pendaftaran adalah percuma.