Home Khas

Kenyataan Media PAS Pusat: Kunjungan Hormat Kepada YAB Perdana Menteri

8,514 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA YAB PERDANA MENTERI

Setelah mendapat penjelasan daripada YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat yang bersidang pada 17 Februari 2019 di Marang, maka saya dengan ini ingin memaklumkan bahawa:

1. PAS menyatakan pendirian tidak bertanding dalam PRK DUN Semenyih dan memberi laluan kepada wakil pembangkang, iaitu Barisan Nasional, dengan tahap komitmen serta kadar penglibatan yang berbeza keadaannya pada PRK Cameron Highlands.

Ini selaras dengan pendirian konsisten PAS yang meletakkan kepentingan Islam dan Melayu mengatasi yang lainnya di samping PAS mengekalkan hubungan dengan UMNO atas dasar perpaduan ummah dan solidariti pembangkang;

2. Perakuan bertulis yang berbentuk contoh (sample) diberikan sebagai komitmen sokongan PAS terhadap kepimpinan YAB. Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas dasar menjaga kepentingan agama, negara dan bangsa sehingga PRU15; dan

3. Persetujuan turut dicapai untuk menjalin kerjasama yang lebih baik berdasarkan semangat Federalisma di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kelantan serta Terengganu, khususnya dalam hal berkaitan pentadbiran, pembangunan dan pemberian royalti.

Sekian untuk pemakluman.

Takiyuddin Hassan, JP.
Setiausaha Agung

Bertarikh: 17 Februari 2019 / 11 Jamadil Akhir 1440.