Home Artikel PAS Kedah

MANTAPKAN AQIDAH PERJUANGAN

92 views
SHARE

Taujihad Pesuruhjaya

Pemantapan aqidah perjuangan adalah satu kemestian buat amilin PAS. Pengukuhan ini bertitik tolak daripada asas keilmuan mendalam yang terikat pada simpulan utas tali ketauhidan, syariat dan akhlaq.

Amilin PAS hendaklah meletakkan aulawiyat memartabatkan Islam mendahului segala kepentingan dan memahami cabaran-cabaran semasa yang sentiasa menguji keutuhan aqidah perjuangan.

Berpegang teguhlah dengan ajaran Rasulullah S. A. W., mendalami pengetahuan fiqh siyasah serta memposisi ulamak sebagai ikutan merupakan bahan penting resepi pemantapan aqidah perjuangan.

Selagi berkudrat tuntutlah ilmu, berfikiran matang, merancang dan melaksanakan tugasan jamaah sesuai dengan kedudukan sebagai amilin yang tafaqquh dalam politik Islam.

Justeru itu wahai sahabatku, kemas dan kejapkan simpulan aqidah perjuangan dalam dadamu kerana perjuangan ini satu ibadat dan perjalanannya jauh penuh rintangan.

Dr Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi
22 Januari 2019