Home Berita PAS Johor

Mangsa ribut Sedili dibantu Khidmat Malaysia Johor

70
SHARE

Oleh : Mat Yassim Mahmood

KOTA TINGGI, 25 Jul : Mangsa ribut di Sedili Kecil dan Sedili Besar, Kota Tinggi mendapat bantuan segera daripada Khidmat Malaysia Negeri Johor ekoran kejadian ribut di kawasan sekitar Sedili di sini semalam.

Timbalan Pengerusi Khidmat Malaysia Johor, Ab Aziz Abdullah telah menyerahkan sumbangan sebanyak 73 buah tilam kepada Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Tinggi, Azmi Abu untuk disampaikan kepada penduduk yang menjadi mangsa di kedua-dua kawasan kampung berkenaan.

Menurut Abu, kejadian yang berlaku sekitar jam tiga petang kelmarin telah menyebabkan sebanyak 220 rumah penduduk di sekitar Sedili Kecil dan Sedili Besar terkesan akibat angin ribut, diantaranya mengakibatkan bumbung rumah tercabut dan berterbangan serta terdapat juga rumah yang roboh dihempap pokok besar.

“Walau bagaimana pun syukur Alhamdullillah kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku,” tambah beliau yang juga Ahli Majlis Kota Tinggi di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Johor, Jubri Muhammad juga telah menyerahkan sumbangan berupa kewangan kepada beliau sebagai bantuan untuk mangsa.

Pengarah Jabatan Amal Johor, Iqbal Ghani turut hadir bersama pasukan menyampaikan bantuan tenaga memotong pokok- pokok yang terkena rumah mangsa ribut petang semalam.