Home Berita PAS Kedah

Mangsa ribut lega terima bantuan baik pulih rumah

32
SHARE

JERAI – Hasil sumbangan dari Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) serta khidmat bakti anggota Rejimen Askar Jurutera DiRaja, sebanyak 21 rumah penduduk yang menjadi mangsa ribut awal bulan lalu telah dibaiki.

Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit telah mengadakan kunjungan ziarah ke rumah-rumah mangsa di Kampung Kabu 10, Sungai Kering, Kuala Sedaka, Kuala Sungai Limau dan Pulau Tembun, semalam.

Beliau yang bersama pasukan Pusat Khidmat Parlimen Jerai, telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM30,000 dari YWM sepertimana yang dijanjikan Jabatan Perdana Menteri (JPM), sebelum ini.

Sumbangan melalui inisiatif Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri itu telah disalurkan Sabri kepada mangsa mengikut tahap kerosakan kediaman masing-masing.

Pada kehadirannya yang juga disertai Penghulu Mukim Sungai Daun, Zulkifli Omar itu, beliau memotivasikan mangsa agar bersabar dan diharap sumbangan itu menjadi sebahagian yang meringankan beban mereka.

Penghargaan turut diberikan beliau yang juga Munsyi Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka kepada anggota tentera terbabit atas sumbangan tenaga melakukan baik pulih rumah dan masjid terlibat.