Home Artikel PAS Sabah

PAS Papar ziarah mangsa kebakaran Kg. Santing

70
SHARE

26 April 2021
Oleh: Mat Razali b. Mat Lazin

PAPAR: Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Papar turun menyantuni mangsa kebakaran di Kg Santing Pengalat Besar, di sini semalam.

Ziarah diketuai oleh Naib Yang Dipertua PAS Papar, Ustaz Nasir bin Othman dan turut disertai oleh Ahli Jawatankuasa PAS Papar.

Beliau menyampaikan sumbangan tunai berjumlah RM300 kepada mangsa kebakaran, iaitu Encik Matri bin Olod. Dalam kejadian tersebut, tiada korban jiwa dilaporkan.

Semua yang terlibat mengucapkan syukur dan berterima kasih di atas ziarah pihak PAS. Ucapan penghargaan turut diberikan kepada pihak bomba dan anggota keselamatan yang telah bertungkus-lumus memadam kebakaran serta mengawal keadaan.

Ustaz Nasir turut berkenan membacakan doa memohon agar semuanya berada dalam perlindungan Allah dan dikurniakan kesabaran menghadapi ujian ini.