Home Berita PAS Kedah

Mangsa ribut Kampung Ranggut Besar disantuni PAS Kawasan Langkawi

154
SHARE

Oleh SHAKIRAH AZIZAN

LANGKAWI, 10 Oktober – Ribut yang melanda Kampung Ranggut Besar mengakibatkan dua buah rumah rosak pada Sabtu lalu.

PAS Kawasan Langkawi bergegas ke tempat kejadian selepas dikejutkan dengan bencana ribut taufan yang melanda kampung itu.

Menurut mangsa, hujan lebat beserta ribut yang berlaku pada pagi sabtu lepas disusuli angin kencang. Mangsa telah mendengar bunyi angin yang kuat dan kemudian melihat zink bumbung rumah mereka tercabut dipukul ribut.

Bagi Shafie dan Mak Tam Liah, mereka menerima musibah bencana ribut ini sebagai satu ketentuan Allah.

“Kami amat prihatin di atas musibah yang menimpa penduduk. Insya-Allah, PAS Kawasan Langkawi akan terus bekerja dan berusaha menyantuni dan membantu masyarakat seperti kebiasaan yang telah dilakukan,” ujar YDP PAS Kawasan Langkawi, Zubir Ahmad.

Dalam program ziarah ini keluarga Shafie dan Mak Tam Liah telah menerima sumbangan daripada PAS Kawasan Langkawi bagi meringankan sedikit beban yang dihadapi oleh mereka.

Turut sama beberapa orang pimpinan PAS antaranya Yang Dipertua PAS Kawasan Langkawi, Zubir Ahmad, Ketua Dewan Ulamak PAS Kawasan Langkawi, Mohd Shazuri Saad, Bendahari Muslimat PAS Kawasan Langkawi Hasmah Wahab, dan Pengerusi JPKK Ranggut, Ustaz Ayob Saad telah turun menziarahi mangsa ribut berkenaan.