Home Berita PAS Terengganu

PAS teruskan usaha Penyatuan Ummah libatkan ‘Tiga Parti Teras-Melayu’

75
SHARE

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada hari ini, Sabtu 8 Oktober 2022, telah membuat ketetapan penting berikut:
1. PAS tetap akan meneruskan usaha penyatuan ummah melibatkan ‘komitmen’ ketiga-tiga parti teras-Melayu bagi menghadapi PRU15, seterusnya menjamin kestabilan politik negara pasca-PRU15.

2. PAS berpandangan perlu ada ‘keanjalan’ dalam rundingan dengan pihak UMNO dan BERSATU, termasuklah berkenaan syarat-syarat yang dikemukakan dan rundingan kerusi yang sedang diusahakan.

3. PAS yang menerajui kerajaan Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak akan membangkitkan tentang pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam tempoh terdekat, bagi menumpukan kepada persiapan menghadapi musim tengkujuh yang dijangka pada pertengahan November sehingga Mac 2023, di samping usaha dan langkah pemulihan ekonomi pasca COVID-19.

“ISLAM MENYATUKAN UMMAH”
“MALAYSIA SEJAHTERA”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 11 Rabi’ul Awwal 1444 / 8 Oktober 2022

Bil: 4 / 2022