PADANG SERAI – ADUN Merbau Pulas, Datuk Siti Ashah Ghazali bersama Pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Merbau Pulas telah menziarahi Kampung Sidam Kanan, di sini kelmarin.
Kedatangan itu untuk meninjau sendiri dan melihat keadaan kediaman sebuah keluarga yang diuji oleh kejadian ribut menimpa hingga merosakkan rumah mereka di mana memerlukan pembaikan.
Kehadiran itu juga bagi menghulurkan sumbangan dan sebagai tanda keprihatinan serta simpati atas dugaan tersebut di mana bumbung kediaman mereka tercabut diterangkan angin.
Datuk Siti Ashah berharap sumbangan tersebut sedikit meringankan beban ketua keluarga itu yang hanya bekerja sebagai peniaga roti canai di warung berhadapan Sekolah Taman Ria, di sini.
PKWR Merbau Pulas telah mengambil tindakan untuk pihak Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung dan Penghulu mengemukakan laporan kepada pihak berkaitan secepat mungkin.