Home Artikel PAS Kedah

Mangsa ribut BBBJ dibantu PAS Sik

89 views
SHARE

Oleh AILMI ZAKARYA

SIK: Pengerusi Lajnah Bencana Alam PAS Kawasan Sik, Sarina Shaari telah mengetuai lawatan menemui mangsa ribut di Bandar Baru Beris Jaya, di sini kelmarin.

Kunjungan dan tinjauan tersebut bertujuan menyampaikan sumbangan khas kepada penduduk yang kediaman mereka mengalami kerosakan akibat kejadian tersebut.

Komanden Jabatan Amal Malaysia Sik, Asyraff Hakimi Said juga telah mengerah kekuatan para anggotanya untuk segera memberi bantuan awal baik pulih kerosakan sekadar kemampuan.

Hujan yang turun selepas Zohor itu bertukar menjadi lebat disertai angin kencang yang menyebabkan sekitar 60 rumah kediaman penduduk mengalami kerosakan terutama struktur bumbung.

Orang ramai yang bersimpati diseru turut sama membantu dengan sumbangan melalui akaun BIMB 02084010029865 atas nama PAS Kawasan Sik atau hubungi Sarina di talian 013-450 1449.

Sumber: Harakahdaily