Home Berita PAS Pahang

PAS Pahang | Operasi Mencari Mangsa Dikhuatiri Lemas di Sg Lembing

1053
SHARE

Paya Besar – Turun melawat dan meninjau gerak kerja mencari dua pemuda dikhuatiri lemas dihanyut arus deras semenjak semalam 1/4/2018 di Sungai Pasir Kubur, Sungai Lembing, Kuantan bersama Yang DiPertua PAS Kawasan Paya Besar Ustaz Muallim Tarmizi Yahaya dan Sdr Mohd Azhar Mohd Nor Penasihat Parlimen PAS Paya Besar. Kami bersama menyertai taklimat yang diberikan oleh pihak bomba kepada pihak polis, JKKK dan Jabatan Amal Malaysia Cawangan Pahang serta turut bertemu dengan keluarga mangsa.

Alhamdulillah peranan Jabatan Amal Malaysia (JAM) selaku sukarelawan diiktiraf dan diakui oleh organisasi badan-badan keselamatan yang ada yang mana JAM turut menyertai operasi mencari dengan menyediakan 2 bot fiber dan tenaga sukarelawan seramai lebih kurang 10 orang dari JAM Kuantan dan Paya Besar.

Semoga Allah memudahkan urusan mencari mangsa dan memberikan ketabahan kepada seluruh keluarga di atas segala ketentuannya.