Home Berita PAS Johor

Mangsa kebakaran Muar terima sumbangan

142
SHARE

Oleh : SHARIFAH AJIL

MUAR, 24 Jan : Sumbangan bantuan telah disampaikan kepada mangsa kebakaran di sebuah rumah di Jalan Daud, di sini, semalam.

PAS Muar yang diketuai oleh Yang Dipertuanya, Abd Aziz Talib telah hadir menziarahi mangsa iaitu Cikgu Yahya Puasa, 83 yang tinggal bersama anaknya dan difahamkan turut dijaga secara bergilir dengan anak-anak yang lain.

Sumbangan berupa wang tunai beserta barang iringan telah diserahkan sebagai tanda simpati dan prihatin.

Turut sama hadir ialah Ketua Kampung Al Manar, Aesid Misbah, beberapa pimpinan kawasan serta anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM) Muar.

“Punca kebakaran adalah dari ubat nyamuk yang mana kejadian disedari setelah diberitahu seorang jiran yang ternampak api merebak dari rumah beliau. Jiran-jiran juga yang turut membantu memadamkan api,” kata mangsa.

Menurut mangsa, jumlah kerugian akibat kejadian berkenaan dianggarkan hampir RM20, 000.