Home Berita PAS Sabah

PAS Lahad Datu bantu mangsa banjir

75
SHARE

24 Januari 2022
Oleh : Yusrizal Baco

LAHAD DATU : PAS Lahad Datu membantu mangsa banjir di Kampung Cocos dan Kampung Segama Batu 8, di sini pada Sabtu.

Seramai 44 buah keluarga yang terjejas telah menerima bantuan bakul makanan yang disampaikan oleh Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Sabah, Abdul Muien Mohd Nor.

Beliau berkata bahawa perihal kebajikan merupakan tanggungjawab utama bagi PAS apatah lagi ketika berlakunya bencana alam seperti ini, PAS akan bersedia dari segenap penjuru bagi menghulur bantuan tanpa mengira kaum dan agama.

“Sudah menjadi adat resam bagi PAS sejak dahulu lagi, membantu saudara seislam mahupun bukan islam dari sudut kebajikan menjadi keutamaan kami kerana itulah yang diterapkan kepada kami dalam PAS supaya dapat mewujudkan keharmonian dalam masyarakat,” ujarnya lagi.

Turut hadir menyampaikan sumbangan, Timbalan Ketua LKK PAS Sabah, Kanizam Kamis, yang juga merupakan Ahli Majlis Daerah Lahad Datu.