Home Berita PAS Pulau Pinang

Ukhuwwah Islamiyah – Menderap Ke Arah Istiqamah

2554
SHARE

Konsep Ukhwah Islamiyyah ialah persaudaraan atau kasih saying yang bermatlamatkan mardhatillah yang mana ianya merupakan kurniaan atau pemberian daripada Allah swt. Dia melontarkannya kepada hati-hati hambaNya yang ikhlas dan suci. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)

Ukhuwwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian Umat Islam yang lain. Ia merupakan ikatan rabban iaitu ikatan yang diikuti di atas dasar ketaatan kepada Allah yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan jalinan yang mendekatkan mereka kepada Allah s.w.t.

Ukhuwwah merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w:

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Kita perlulah berusaha untuk membina ukhuwah di antara satu sama lain lebih-lebih lagi apabila seseorang bergabung dengan jemaah atau organisasi asas yang paling utama ialah membina UKHUWAH.

Ukhuwah perlu dibina bertunjangkan adab. Antara adab berukhuwah ialah :

1.      Ikhlas kerana Allah
2.      Menjaga maruah sahabat
3.      Tidak suka menyindir dan perli memperli
4.      Tidak mengabaikan permintaan atau sms sahabatnya
5.      Menjaga aib sahabatnya.
6.      Sentiasa membantu sahabat-sahabat
7.      Memahami sifat sahabat.
8.     Sentiasa menucapkan terima kasih di atas pertolongan yang diberikan.
9.      Bercakap dengan hikmah
10.    Sentiasa bertanya khabar sahabat

Semoga Sedikit perkongsian  memberi manafaaat kepada kita semua.

Ustaz Mohd Hafiz Bin Hashim
Pengarah Akademi Tarbiyah
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang
Isnin 26 Jamadilawal 1439/ 11/02/2018