Home Berita PAS Kelantan

Manfaatkan fasiliti Pusat Komuniti dengan beraktiviti – Dato’ Mohd Amar

140
SHARE

TUMPAT, 10 Oktober: Timbalan Menteri Besar YB Dato’ Mohd Amar Abdullah berharap masyarakat memanfaatkan sepenuhnya fungsi dan kemudahan di Pusat Komuniti Tumpat yang baru siap dibina dengan menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Katanya, Pusat Komuniti itu ialah transformasi daripada bangunan lama Pasar Besar yang kini dijadikan satu pusat pelbagai kemudahan seperti bilik seminar, bilik bacaan dan dewan utama.

Dato’ Mohd Amar Abdullah juga memaklumkan projek tersebut bermula pada Mac 2022 membabitkan kos RM200 ribu yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri di bawah portfolio Kesejahteraan Rakyat.

“Kita juga berharap pembinaan Pusat Komuniti ini mampu memberi kemudahan kepada pelbagai agensi dan orang awam khususnya penduduk di kawasan Tumpat dan berhampiran untuk menganjurkan pelbagai aktiviti bersama-sama,” katanya selepas merasmikan pusat komuniti tersebut pada 6 Oktober.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri YB Wan Roslan Wan Hamat, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan YB Hilmi Abdullah.

Sehubungan itu, Pegawai Perancang Bandar dan Desa Majlis Daerah Tumpat (MDT), TPr Suhaizat Mohd Sabri pula memaklumkan pusat komuniti tersebut dapat menampung 200 pengguna pada satu masa.