Home Berita PAS Kedah

Manfaat sebaiknya medsos untuk pikat pengundi

233
SHARE

SUNGAI PETANI – Peranan media sosial (medsos) perlu digunakan semaksima mungkin sebagai medium untuk menyebar luaskan maklumat dan aktiviti parti atau wakil rakyat kepada rakyat. Kegagalan menguasai selok belok atau teknik sebaran bakal menatijahkan kekalahan dalam Pilihanraya Umum ke-15 akan datang.

Setiausaha Lajnah Penerangan Dan Media Baru PAS Kedah, Khairun Nizar Ismail mengulas mengenai peri pentingnya jentera parti untuk memahirkan diri dengan  medsos dalam penyampaian info seperti ditegaskan oleh semua pimpinan di Konvensyen Penerangan dan Media Baru 2021 yang diadakan secara maya semalam.

“Rakyat akan merujuk kepada media sosial untuk mendapatkan sebarang info tidak kira samada ianya sahih atau palsu bahkan lebih teruk yang berbentuk fitnah, ” ujarnya.

“Maka disinilah peranan jentera parti khususnya jawatankuasa lajnah Penerangan PAS  Dan Media Baru agar memahirkan diri dalam penggunaan medsos bagi menangkis sebarang isu serta menyebarkan berita yang sahih dan benar,” tambahnya.

Jesteru, kemahiran membuat rekabentuk grafik, olahan video, membaca data analitik, teknik pemasaran dan sebaran menjadi silibus wajib setiap jawatankuasa penerangan semua peringkat.

Khairun Nizar turut menzahirkan penghargaan terhadap inisiatif Lajnah Penerangan dan Media Baru PAS Pusat yang berjaya menganjurkan konvensyen secara maya yang melibatkan 1,051 peserta.

“Penggunaan forum maya semakin diterima disamping mampu menjimatkan masa dan kos cuma perlukan penambahbaikan dari segi capaian internet dan peralatan yang digunakan,” katanya.

Sebagai rekod, Kedah mendapat tempat ketiga penyertaan iaitu seramai 114 peserta berbanding Terengganu (120) dan  Kelantan (162)  .